Jan 4, 2012

Talapia Tiga Rasa

Fuh,fuh,fuhhh.....banyaknya habuk kat umah ni...hihi.Masa bagi Kiah skang ni sangat la suntuk,rasanya tak terkejar waktu....ni la baru sempat menjengah rumah maya ni.Alhamdulillah setelah 2 hari bersekolah,semuanya berjalan lancar dan harapnya semua urusan dipermudahlan sepanjang sesi persekolahan tahun ni...Ikan talapia ni Kiah masak untuk makan malam semalam sebenarnya tapi baru berkesempatan untuk dikongsi hari ni.Salah satu ikan favourite dan slalunya ikan ni akan dimasak 3 rasa atau sweet sour.Kalau masak lain tak bape jalan kat umah ni.Kiah lebihkan sayur coz dah malas nak masak sayur,huhu...Licin licau Mr.Hubby dan Adib makan.Puas hati betul......hihi.

Dec 19, 2011

Tauhu Sumbat

Dah lama Kiah nak makan tauhu sumbat ni dan akhirnya tengahhari tadi air liur ni tak meleleh lagi...huhu.Kiah buat dalam 2 versi.Versi pertama makan dengan kuah kacang dan versi kedua tauhu sumbat singapura makan dengan kuah sambal kicap.Sedapnya......habis licin dikerjakan makan begitu saja dan makan ngan nasi.Makan pulak panas2 lagi la laju.....Kalau teringin buat sendiri ye....hehe.

Kembali berblog..........



Assalamualaikum......dan salam sejahtera......setelah sekian lama sepi tanpa apa2 cerita akhirnya Kiah kembali berblog.Setahun menyepikan diri dan berehat dari dunia blog....bukannya apa kesibukan menguruskan segala hal termasuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami.Setelah berpindah ke sekolah baru,Kiah menerima tanggungjawab baru dan seperti biasa memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan disusuli berita gembira nak terima ahli baru.Kiah putuskan berehat dari berblog sekejap dan setelah puteri hati selamat dilahirkan pada 30 September 2011 dan tempoh berpantang tamat Kiah kembali berblog.......banyak entry tertunda yang nak dimasukkan.Kalau ikut dah basi pun tapi Kiah masukkan jugak sebagai rujukan nanti.
Adib tersenyum riang depan kek hari lahir.Kiah buatkan dia kek epal dan dengan tangan yg keras ni cuba decorate ikut kehendak Adib,kartun spongebob.Bila dah siap rasa nak gelak tengok tapi Adib kata cantik la Ummi........huhuhu.Birthday kali ni kami sambut anak beranak je cuma esoknya Kiah belikan bucket KFC untuk Adib dan kawan2 di tadika.Dalamnya adalah kek epal dan kek ni Kiah dah pernah buat dulu.Resepinya pun dah post dalam blog.As Adib request nak makan chicken chop so ummi pun buatkan a simple chicken chop wif blackpepper sauce.





Sep 1, 2010

Laksa Mee dan Karipap Samosa

Menu pebret hubby..........sebenarnya laksa mee ni antara menu rasmi warga Pantai Remis. Kiah blaja makan laksa mee ni dari hubby and blaja masak dari mak mertua. Orang Pantai Remis makan laksa mee ni kuah ckit je tapi Kiah makan kuahnya banyak...hehe....lagi satu laksa mee Pantai Remis selalunya warna kuning macam mee sanggul rupanya. Laksa mee putih ni ada jugak tapi jarang la....kat Serdang ni ada jual yang putih je,kira ok la tu.Di bawah ni kiah kongsikan resepinya ye tapi mintak maap la takde sukatan...Kiah main campak2 je.....gandingan untuk laksa mee ni ialah karipap samosa inti sardin.Tapi karipap samosa ni Kiah beli dari rakan di sekolah (frozen buatan sendiri). Sedap sangat karipapnya.......rangup,hubby makan sampai 3 ketul, dia ingatkan bini dia dia yang buat tapi rupanya bini orang lain.....hehe.....oklah jom check resepi laksa mee kat bawah ni......kalau orang Pangkor versinya lain ckit ye...
Bahan-bahan:
Mee Teow (putih atau kuning- Kiah guna warna putih)
Kacang panjang/buncis - potong dadu
Lobak masin - cincang halus
Udang/ketam -Kiah guna dua2 (untuk kuah)
Cili kering - kisar
Udang kering - blend ngan cili kering skali
Garam dan gula secukup rasa
Bawang kecil dan putih - mayang nipis

Caranya:
Untuk sayur:
Tumis bawang sampai layu dan masukkan lobak masin,goreng sampai masak dan masukkan kacang panjang/buncis. Kacau rata dan goreng sampai layu.

Untuk Sambal:
Panaskan minyak dan tumis campuran cili kering dan udang kering. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sampai pecah minyak dan cilinya betul2 masak.Rasa sambal ni pedas2 manis.

Untuk kuahnya:
Rebus ketam/udang dengan air sampai mendidih.Perisakan dengan garam secukupnya dan jika suka tambahkan serbuk pati ayam sikit. Setelah mendidih padamkan api dan tumis darat bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng sampai layu atas kuah tersebut.

Untuk Mee:
Rebus air sampai mendidih dan masukkan laksa mee sampai lembut.

Sotong Masak Kicap and Sosej Roll again

Menu hari ahad lepas......disebabkan selalu sangat makan masakan yang bercili so ahad lepas decide buat masak kicap je la. Sotong tu dipotong kecil2 untuk mempercepatkan proses memasak disebabkan chefnya start memasak lambat ari tu.....hehe......masakan yang simple and cepat. Untuk kuih plak, Kiah sediakan sosej roll ni coz nak habiskan stok sosej dlm peti sejuk tu. Kali ni Kiah gunakan roti putih biasa sebagai kulitnya dan gulung sosej pastu celup dalam telur and then golek dalam breadcrumb,senang kerjaku...........bulan puasa ni semua kerja nak kena cepat....