Dec 19, 2011

Kembali berblog..........



Assalamualaikum......dan salam sejahtera......setelah sekian lama sepi tanpa apa2 cerita akhirnya Kiah kembali berblog.Setahun menyepikan diri dan berehat dari dunia blog....bukannya apa kesibukan menguruskan segala hal termasuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami.Setelah berpindah ke sekolah baru,Kiah menerima tanggungjawab baru dan seperti biasa memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan disusuli berita gembira nak terima ahli baru.Kiah putuskan berehat dari berblog sekejap dan setelah puteri hati selamat dilahirkan pada 30 September 2011 dan tempoh berpantang tamat Kiah kembali berblog.......banyak entry tertunda yang nak dimasukkan.Kalau ikut dah basi pun tapi Kiah masukkan jugak sebagai rujukan nanti.
Adib tersenyum riang depan kek hari lahir.Kiah buatkan dia kek epal dan dengan tangan yg keras ni cuba decorate ikut kehendak Adib,kartun spongebob.Bila dah siap rasa nak gelak tengok tapi Adib kata cantik la Ummi........huhuhu.Birthday kali ni kami sambut anak beranak je cuma esoknya Kiah belikan bucket KFC untuk Adib dan kawan2 di tadika.Dalamnya adalah kek epal dan kek ni Kiah dah pernah buat dulu.Resepinya pun dah post dalam blog.As Adib request nak makan chicken chop so ummi pun buatkan a simple chicken chop wif blackpepper sauce.





6 comments:

  1. lama tak update.........akhirnya muncul jua,tahniah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Kiah n Tahniah da sepasang ye ,adib pun dah ada geng ,hari tu kak terdetik jugak mana ilangnya kiah kot2 preggy ,betul sangkaan ku

    ReplyDelete
  3. salam kiah.. sekarang mengajar sekolah mana? tahniah baru dapat baby ye..:) seronok hero dapat kek ...

    ReplyDelete
  4. chik mimi,tima kasih,,,alahamdulillah setelah sekian lama menanti akhirnya rezeki kami

    ReplyDelete
  5. assalam ita...kiah skang nagajar kat smk serdang baru,kedah.sekolah harian biasa.akhirnya kuar dari jabatan teknik.tima kasih...

    ReplyDelete
  6. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete